Baju Raya Ala-Ala Kpop Aliff Syukri Dikecam Netizen


Gara-gara memuat naik foto koleksi baju raya tanpa lengan dan kelihatan berkilat ala-ala KPOP, Datuk Aliff Syukri menerima kecaman daripada netizen. 

Datuk Aliff berkongsi foto tersebut di akaun Instagramnya dengan kapsyen “Baju koleksi raya saya tahun ni… smart tak??”



Rata-rata netizen merasakan pakaian sebegitu tidak sesuai untuk digayakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan mendakwa Datuk Aliff merosakkan budaya Melayu.

Tidak dinafikan zaman sudah moden dan pelbagai idea baru yang tercetus. Namun, tidak bermakna kita harus melupakan ataupun mengubah ciri-ciri tradisional Melayu yang selama ini sudah menjadi amalan kita. 

Tidak semua benda kita harus modenkan. Apa pendapat korang?

Sumber : Beautifulnara