SINGAPURA – Kaum Melayu di Singapura dilaporkan paling lama mendengar siaran stesen radio tempatan, malahan jumlah tempoh waktunya turut semakin meningkat berbanding sebelumnya.
Perkara tersebut didedahkan dalam laporan kajian terbaaru Tinjauan Diari Radio Nielsen, yang dijalankan firma pengukuran audiens antarabangsa AC Nielsen dan dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapura baru-baru ini.
Stesen radio berbahasa Melayu milik pemerintah MediaCorp tersebut iaitu Warna 94.2 FM bahkan adalah antara 10 buah stesen radio tempatan yang paling banyak didengari oleh ramai penduduk republik berkenaan sendiri.
Lebih membanggakan stesen itu apabila para pendengar siaran Warna 94.2 FM didapati meluangkan masa paling lama iaitu 18 jam dan 38 minit setiap hari. Ia satu peningkatan hampir dua jam berbanding tinjauan sebelum ini.
Penolong Ketua Penonton dan Kandungan Melayu MediaCorp, Ezra Farabi ketika mengulas laporan tersebut berkata: “Warna 94.2 FM banyak menerima sokongan padu daripada para pendengar Melayu kami di Singapura.
“Malah kami amat berbesar hati dengan usaha Warna 94.2 FM yang aktif melibatkan para pendengar, sekali gus menjadikan kami sebagai stesen radio di mana para pendengar meluangkan masa paling banyak dalam sehari.
“Justeru kami di MediaCorp akan terus komited menyediakan hiburan berbahasa Melayu terbaik dengan penglibatan unik di udara, secara amali langsung di lapangan dan juga dalam pelbagai platform media sosial.”
Warna 94.2 FM yang dapat diikuti siarannya di sekitar Johor, Malaysia dan Batam, Indonesia; mula ke udara sejak 1959 lagi dengan nama asalnya sebagai Radio 2 sebelum diubah kepada nama yang sedia ada pada 1991.
MediaCorp turut mewujudkan sebuah lagi stesen radio berbahasa Melayu yang dikenali sebagai Ria 89.7 FM pada 1990 lalu, namun segmen pendengarnya lebih disasarkan kepada golongan muda dengan muzik kontemporari.
Ia juga ada 12 stesen termasuk tiga berbahasa Cina (YES 93.3 FM, Capital 95.8 FM, Love 97.2 FM), lima Inggeris (Gold 90.5 FM, Symphony 92.4 FM, 938 LIVE, Class 95, 987 FM, Lush 99.5 FM) dan satu Tamil (Oli 96.8 FM).
Selain MediaCorp, terdapat dua stesen dikendalikan pasukan tentera, SAFRA Radio iaitu 883 JiaFM dan Power 98 FM, manakala firma media cetak SPH mengendalikan tiga stesen iaitu UFM 100.3, Kiss 92 FM dan One FM 91.3.
Ketiga-tiga stesen radio berbahasa Cina dan stesen tunggal berbahasa Tamil milik MediaCorp di samping Warna 94.2 FM itu turut termasuk dalam 10 stesen paling banyak didengar di Singapura. – Agensi