Bayi Baru Lahir Sudah Mampu ‘Berjalan'


Sedutan video seorang bayi kini tular di Internet dan ramai pengguna media sosial menganggap bayi tersebut sebagai luar biasa kerana mampu ‘berjalan’ selepas beberapa minit dilahirkan.

Kejadian berlaku di Brazil apabila bayi yang difahamkan perempuan itu mampu ‘berjalan’ dan mengejutkan jururawat serta bidan di sebuah hospital ketika mahu memandikannya buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial jumaat lalu, tidak ada sumber sahih di hospital mana bayi tersebut telah dilahirkn namun ianya dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, Selatan Brazil berdasarkan pakaian seragam bidan tersebut.

Video tersebut menunjukkan bayi berkenaan cuba berdiri dan melangkah ketika dipegang oleh seorang jururawat.

Masa yang diambil untuk seorang bayi normal mula berjalan mengambil masa antara sembilan bulan hingga setahun dan memerlukan sokongan untuk berdiri daripada orang dewasa.

Walau bagaimanapun, bayi berkenaan dilihat mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia cuba bangun dan berjalan dengan berpaut pada tangan jururawat itu.

“Oh,‘budak perempuan’ ini berjalan,” kata bidan itu dalam bahasa Portugis

Seorang lagi rakannya pula berkata, “tunggu, biar saya rakam ini.”

“Saya mahu memandikannya, bayi ini tetap beruasaha bangun dan  berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya lagi.

Jururawat itu juga menunjukkan bayi tersebut ‘berjalan’ hampir satu meter dengan sokongannya.

Video berkenaan telah menjadi sebutan  dan viral di media sosial apabila ditonton lebih daripada 50 juta kali dan dikongsi sebanyak 1.3 juta di Facebook.

Sumber: Media Hiburan