Daripada seorang yang asalnya pemotong rumput, akhirnya Wak Doyok dapat memberikan sesuatu yang istimewa buat ibunda tercinta iaitu sebuah rumah banglo.
Sebak rasa melihat Wak memuat naik gambar banglo itu yang terletak di Klang, Selangor sambil memeluk ibunya dan dia bertuah kerana sempat berbakti kepada orang tuanya.
"Alhamdulillah berkat kerja keras selama ini, akhirnya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku.
"Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kenal erti penat lelah menjaga aku selama ini," tulisnya di Instagram.
Kongsi Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 36, lagi, dia bercadang untuk membawa ibu-bapanya ke Makkah untuk Umrah sekaligus menyambut Aidilfitri di tanah suci.
Tapi biasalah, akan ada sahaja segelintir pihak yang tidak senang dengan tindakan Wak memuat naik gambar tersebut dan menuduhnya sebagai ingin menunjuk-nunjuk.
Tidak berdiam diri dikritik oleh pengikutnya di laman sosial, Wak tampil dengan entri terbaharu menyelar dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghentamnya.
"Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik.
"Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu," tulisnya.
Bagaimanapun rata-rata pengikutnya memuji dan menganggap tindakannya memuat naik gambar tersebut sebagai inspirasi untuk mereka lakukan perkara sama kepada ibu-bapa mereka.
"Saya tidak cemburu dengan rumah atau kereta Wak tetapi cemburu kerana Wak boleh melakukan perkara itu kepada ibu-bapa Wak," tulis seorang pengikut @nursyafiqyunus.
@muhamadalarifWell pula menulis,"haters always gonna be haters @wakdoyok, tapi bagi aku, kau ni bagi sumber inspirasi dekat orang Melayu kita.
"Bagi aku, kau tak menunjuk pun. Aku tau disebalik kejayaan kau, ada mereka yang cemburu. Well, cemburu membuta tiada guna.
"Keep it up bro! Semoga kau sentiasa berjaya dan aku doakan kau bertambah murah rezeki untuk hantar orang tua kau pergi ke tanah suci suatu hari nanti, Insya-Allah.
@wenqiskingini Baru gentel, anak jantan!
@saifshafieTerima kasih Wak, sebab bagi semangat!
Sumber : Mstar Online