Bermaksud "Yang Mulia", Ubah "Syerif" Jadi "Syeriv" Supaya Ada Kelainan


AKTRES Syatilla Melvin akui tidak ambil pusing langsung apabila para netizen mempertikaikan nama anak lelakinya iaitu Syerivsamheizy malah tidak anggap ia sebagai perkara yang serius.

Isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini berkata, dia meraskan ia hanyalah gurauan daripada netizen yang sering mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

“Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya

Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syerivsamheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya.

Syatilla melahirkan Syerivsamheizy pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

Ditanya reaksi Sam mengenai perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu mengenainya.

“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama yang beri komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting,” katanya lagi. –Kedahnews.com