Bintang Sensasi Lesbian Bangga Umum Tukar Nama


BINTANG televisyen sensasi Amerika Syarikat Charice Pempengco yang berasal dari Filipina mengumumkan telah menukar identiti dan nama kepada Jake Zyrus.

Pempengco memberitahu menggunakan nama baharunya di laman Twitter sebagai Jake Zyrus.

"Ini tweet pertama saya sebagai Jake. Terharu melihat semua komen positif dan kata-kata sokongan kamu semua. Saya sangat gembira. Saya akan bertemu anda semua dalam masa terdekat.

"Saya tidak akan membiarkan sesiapa merosakkan saat indah dan kebahagiaan yang saya kecapi ini. Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat dan indah tentang saya," ujarnya.

Penyanyi dilahirkan dengan nama asal Charmaine Clarice Pempengco menjadi inspirasi kepada rakyat Filipina dengan kisah kehidupannya yang bermula dengan kemiskinan sehingga dapat berkongsi pentas bersama bintang ternama Celine Dion, Andrea Bocelli dan Josh Groban.

Malah Pempengco pernah membuat persembahan pada majlis Barack Obama.

Dia turut mempunyai sebuah album pada tahun 2010 yang menduduki tangga kelapan dalam carta Billboard 200 Album Amerika Syarikat.

Pempengco juga muncul dalam siri televisyen Amerika berjudul Glee dan sebuah filem Alvin dan Chipmunks: The Squeakquel.

Bagaimanapun, pada tahun 2013, penyanyi dan pelakon ini menjadi perhatian apabila mendedahkan bahawa dia seorang lesbian sehingga mencetuskan kontroversi di Filipina.

Sumber: mStar