Bom Kereta Ragut 10 Nyawa

  KESAN kemusnahan dan serpihan kenderaan selepas satu serangan

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang berlaku di sebuah bangunan kerajaan di ibu negara Somalia, Mogadishu, semalam.

Kumpulan militan rangkaian al-Qaeda, AL Shabaab mendakwa bertanggungjawab mendalangi serangan itu yang menjadikan kakitangan kerajaan sebagai sasaran,

Jurucakap bagi Datuk Bandar Mogadishu, Abdifatah Omar Halane berkata, lebih 10 orang terbunuh manakala 20 orag lagi cedera dalam insiden tersebut.

Sumber: Utusan