SESIAPA yang setia mengikuti perkembangan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di Instagram pasti tahu betapa lantangnya beliau ‘melahar’ sesiapa sahaja tanpa berselindung!
Namun, daripada gaya menulisnya kita sudah tahu hatinya berada di tempat yang betul dan cara ‘kasar’ sebegitu sebenarnya datang daripada kasih sayang.
Jika sebelum ini kecoh apabila netizen merasakan bahasa Chef Wan mengkritik anak-anak saudaranya di kapsyen posting Instagramnya tidak begitu sopan, tahun ini beliau sekali lagi memuat naik gambar berserta kapsyen yang agak ‘seram’ dibaca!
Menegur orang muda masa kini yang semakin culas menolong keluarga membuat persiapan Hari Raya seperti mengemas dan memasak di rumah, Chef Wan turut menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap anak-anak saudaranya yang seakan-akan ‘membuli’ ibunya yang sudah tua.
Kata Chef Wan, sebagai anak sulung beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mencantikkan rumah di kampung,jadi beliau mengharapkan kerjasama daripada anak-anak buahnya untuk meringankan tulang membantu nenek mereka.
Bagaimanapun, lain pula yang terjadi. Menurut Chef Wan, anak-anak buahnya lebih suka menonton TV ataupun bermain dengan handphone sehingga membiarkan nenek mereka membuat semua kerja sendiri.
Selain itu, beliau turut ‘warning’ anak-anak buahnya, jika tidak mahu menolong lebih baik jangan balik!
“My advice to all my anak2 buah its simple.
If u cant help and balik nak berpeluk tubuh aja please do me a favor don’t come back!”
Tak cukup dengan itu, Chef Wan turut ‘mengheret’ anak buahnya yang bernama Nadmi kerana katanya tidak mahu pulang ke kampung dah setelah di’sound’!
“Tak rugi pun saya tak melihat anak buah yg saya sama2 membesar kan mereka and then to grow up and turn on their back dan kurang ajar mcm terjadi pada my x nephew Nadmi itu.
Tahun ini dia tak balik. Suka hati la.”
Pokoknya, jangan main-main dengan Chef Wan terutamanya jika anda malas membantu di rumah semasa membuat persiapan Hari Raya. Jadi kepada bakal-bakal menantu atau yang bercita-cita untuk berkahwin dengan anak buahnya, rajin-rajinkanlah diri tu ya sebelum "dilazer". -Kedahnews.com