CIMB Raih 21 Anugerah Kewangan Islam Asset Tripple A


KUALA LUMPUR – CIMB Group meraih 21 anugerah pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2017, termasuk ‘Firma Sukuk Terbaik, Asia Pasifik’ bagi lima tahun berturut-turut.

Ketua Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata kejayaan tersebut mencerminkan usaha berterusan oleh kumpulan itu selama bertahun-tahun bagi mengukuhkan keupayaan kewangan Islamnya.

“Pelbagai kemenangan ini akan mendorong kami untuk terus menyediakan tawaran nilai terbaik kepada pelanggan kami, dan menyokong aspirasi kami untuk menjadi peneraju bank universal ASEAN,” kata bank itu dalam satu kenyataan semalam.

Antara anugerah lain yang turut dimenangi oleh kumpulan itu ialah ‘Bank Pelaburan Terbaik, Asia Pasifik’, ‘Bank Pelaburan Terbaik, Malaysia’, ‘Firma Pengurusan Aset Terbaik, Asia Pasifik’ dan ‘Janji Niaga Islam Terbaik’. – BERNAMA