BANGKOK – Kemunculan dadah sintetik jenis baharu dan lebih memudaratkan di Asia Tenggara menyebabkan negara serantau meningkatkan usaha memerangi ancaman itu yang semakin rumit.
Menurut pakar ubat-ubatan sintetik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dadah sintetik jenis baharu itu mengandungi ‘bahan psikoaktif yang tinggi kadar toksiknya, dan sukar dikesan, berbahaya serta dianggap pakar sebagai penyumbang kepada peningkatan kes kematian akibat lebihan dos.
Beberapa bahan psikoaktif baharu ini sudah memasuki pasaran ‘Ekstasi’ di Asia Timur serta Asia Tenggara, dan dadah tiruan turut dijual dalam bentuk pil dengan pelbagai nama.
“Terdapat kemungkinan bahan berisiko tinggi ini semakin mendapat tempat di rantau ini. Keupayaan forensik yang sangat terhad untuk mengesan dan mengenal pasti dadah baharu ini, ditambah pula dengan kekurangan pengetahuan berkaitan risiko kesihatan menyebabkannya sukar dikesan dalam tempoh singkat,” kata Martin Raithelhuber ketika taklimat di sini baru-baru ini.
Walaupun penyalahgunaan bahan psikoaktif ini masih terhad berbanding methamphetamine, rantau ini terus dianggap sebagai tempat asal penghantaran bahan berbahaya itu ke rantau lain, kata pakar itu, yang bekerja dengan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC)
Menurut agensi PBB itu, dadah sintetik berbahaya yang dihasilkan di Asia Timur dan Asia Tenggara termasuk jenis Fentanyl, dan ia memberi kesan kepada pengguna dadah di seluruh dunia termasuk Amerika Utara.
Badan dunia itu berkata bahan yang sangat bertoksik ini, yang sesetengahnya terdapat dalam dos yang kecil sebagai ubat penahan sakit, mudah dihasilkan di makmal rahsia di Asia Tenggara sebelum dihantar secara pos ke Amerika Utara.
Apabila sampai di Amerika Utara, ia akan dijual di pasaran heroin atau pil tahan sakit tiruan.
Penganalisis maklumat Pejabat Serantau UNODC Inshik Sim berkata kemunculan bahan psikoaktif baharu itu telah menjadikan usaha pihak berkuasa kebangsaan untuk menangani masalah dadah semakin rumit.
Sehingga kini, pejabat serantau UNODC di sini, telah mengenal pasti 168 bahan psikoaktif dan sebagai respons kepada masalah yang semakin meningkat itu, Penasihat Amaran Awal Mengenai Bahan Psikoaktif Baharu telah diwujudkan bagi mengesan trend baharu dadah berkenaan serta memaklumkannya kepada pihak berkuasa kebangsaan.
Wakilnya, Jeremy Douglas yang turut menghadiri sesi taklimat itu, berkata UNODC telah menyenaraikan 25 bahan di bawal kawalan antarabangsa, termasuk 10 pada Mac lepas.
Langkah tersebut, katanya, membolehkan negara lain untuk menghalang aktiviti mengeksport, mengimport dan mencegah pengedaran dadah tersebut.
Bagaimanapun, katanya, masih banyak negara di rantau ini belum berupaya untuk mengesan dan mengenal pasti dadah yang baru disenaraikan itu, sekali gus tidak dapat melaksanakan langkah kawalan yang sepatutnya.
“Terdapat risiko, mereka terlibat dengan jenayah terancang dan pengedaran dadah akan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud dari segi kemampuan teknikal dan perundangan di sesebuah negara,” katanya, bahawa pendekatan secara bersepadu untuk menangani kemunculan dadah baharu ini amat diperlukan dalam menghadapi keadaan yang masih belum terlewat. – BERNAMA