Dera Pelajar UPNM: Empat Mahasiswa Uniten Dibebas Sambung Pengajian

Image result for Dera Pelajar UPNM: Empat Mahasiswa Uniten Dibebas Sambung Pengajian

PUTRAJAYA – Seramai empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dibebaskan pada Khamis lalu selepas ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan kembali menyambung pengajian mereka minggu depan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook universiti, Naib Canselor Uniten, Prof. Datuk Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, mahasiswa itu telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

“Polis juga menjelaskan mereka tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain,” katanya.

Sumber: Kosmo