Desak Kerajaan Siasat Individu Yang Sekongkol Dengan DoJ


ALOR SETAR - Kerajaan pelu menyiasat segera terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan Jabatan Pengadilan (DOJ) Amerika Syarikat kerana campur tangan agensi itu terhadap kerajaan agak 'anih dan terpilih'.

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah melihat tindakan terbaharu DoJ merupakan satu kospirasi yang mahu mewujudkan tekanan luar terhadap kerajaan Malaysia.

Ketua pergerakan itu, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berharap kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap usaha pemimpin tertentu daripada negara ini yang bersekongkol dengan pihak asing yang berniat jahat bagi  menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

"Kami kesal dengan pemimpin tertentu yang mengunakan pihak asing untuk memenungi  agenda  peribadinya seseorang," kata Shaiful Hazizy dalam kenyataan akhbar semalam.
.
Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam yang menyifatkan sebagai dakwaan bermotif politik berkaitan saman sivil terbaharu DoJ tentang aset yang didakwa 'diselewengkan' daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

.Mohamed Apandi  berkata tindakan DoJ itu juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri.

Sementara itu menurut Shaful Hazizy lagi,  tindakan bersekongkol dengan pihak luar merupakan perbuatan yang tidak patriotik dan boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada negara sendiri.

" Kami juga mahu semua pihak termasuk pembangkang yang mengaku warganegara melihat perkara ini (penglibatan pihak luar) untuk  dipikul bersama sebagai satu tanggunjawab kenegaraan, " ujarnya.

Kata beliau, asakan daripada luar ini perlu dihadapi bersama dengan membentuk satu pakatan kukuh bagi mengekang ancaman itu kerana ia melibatkan kedaulatan dan maruah negara.

Serentak itu, Pemuda UMNO Kedah mahu kerajaan membuka kertas siasatan terhadap serangan terbaharu DoJ serta pihak yang bersekongkol dengan agensi asing ini, kata Shaful Hazizy. - Kedahnew.com