#DoneTerawih: Dikritik Selfie Dalam Masjid, Ini Jawapan Janna Nick


PELAKON comel Janna Nick dikecam hebat oleh netizen di laman Instagram (IG) kerana sibuk berswafoto ketika di dalam masjid semalam.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, Janna yang memakai telekung berwarna merah jambu sedang berswafoto dihadapan pelakon Sheila Rusly yang sedang khusyuk berwitir.

Tindakan Janna itu dilihat tidak sesuai kerana seakan-akan tidak menghormati jemaah lain yang sedang tekun menunaikan ibadat.

Namun, ada juga peminatnya yang mempertahankan Janna dengan memberikan kata-kata psoitif. Haa macam tu lah elok, sentiasa bersangka baik!

“@natashajml_: Kalau nak ikutkan ramai je yang selfie dalam masjid lepas tarawih. Post dan #DoneTarawih. Bezanya Janna ni public figure. Itu je. So setiap perbuatannya diperhatikan walaupun sekecil zarah. Tak salah nak tegur. Tapi lebih baik DM empunya badan. Kita kalau jaga aib orang, Tuhan pun akan jaga aib kita juga. Ingat, artis pun manusia juga. Dan takde manusia yang sempurna. Sebelum kita tegur orang sekeliling. Kita tengok dulu diri sendiri. Sempurnakah kita? Rasanya yang dok kecam ni semua ada akal fikiran. Jadi gunakanlah sebaiknya. Salam Jumaat dan selamat berpuasa!”

“@ainul_anggunbeautystore: Janna promot telekung tu…jangan jadikan isu nk mengata..tak baik..baca dengan hati ❤”

“@adsaie95: Terhibur dgn hater merapu๐Ÿ˜‚.. @jannanick allah is always with u.. Terus kdpn.. Keep it up”

“@zulfekar72: Selfie lg byk2…biar kwn2 seangkatan pon dtg msj sama. Yg mengutuk, biorkan aje.”

“@qisya_syasya: Korang niy. Niy kan bulan puase tak baik lh. Biar lah die nk wat pe pon. Puasa korang setakat lapar dan dahaga. Komen lah lok² skit.”

“@_aiman3761: Akak rilex je .. bukan akak sorang yang berselfie lepas terawih ni . maklumla akak artiskan orang duk perhati je ape yang akak buat . salah dan betul yang akak buat semua orang nampak . Tapi cara diorang tegur akak tak berapa nak sesuaila . Public kot cara diorang tegur akak . Apa salahnya nak tegur just DM je .. @jannanick”

“@husninaanissuhadi: Bulan puasa ni banyakkan AMAL IBADAT bulan banyakkan DOSA MENGATA DAN MENGECAM ORANG. semua MANUSIA TAK SEMPURNA. berdoalah semoga Allah detikkan dalam hati kak jannanick untuk bertudung seperti dalam gambar kerana kak janna manis bila bertudung. Kerana sebagai umat islam kita wajib menutup aurat kita๐Ÿ˜Š wallahualam.”

“@dikyuu98_: @jannanick sabar sis . mnusia zaman skrg ni always cari kslahan org lain . difikirkn diri dia tu mulia sgt . tau tuduh dan salahkn org jerr . tk salahpun sis skdar nk buat bisnes bknnye nk mnnjuk . biarla org tk puas hati bknnye sis nk skitkn hati dorang . zaman skrg ni mulut org tk mngalahkn longkng . bnyakkn brsabar sis . *to public* dah2 laa burukkn org . kita tktau niat seseorg tu . dia bribadah , kita mnuduh bkn2 . so , tk ke brdosa besar ? igtla sikit , kita smua hmba Allah . tkde yg trlahir smpurna . jgn selalu sakitkn hati org . kita tkkn mrasa sakit slagi kita sndiri yg trkena . so set your mind ! loveyou sis @jannanick ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜.”

Pun begitu, Janna tidak berdiam diri sebaliknya terus membidas beberapa komen pengikut laman sosialnya

“Tak tunjuk solat witir wak…tunjuk telekung tu…beli la saya jual..tak tunjuk macam mana nak bisnes…tq”

“Sikit la sakitkan hati…nak minta maaf ke macam mana? Atau saya kena minta maaf dengan awak sebab selife dalam masjid?? (baca dengan intonasi lembut sebab saya tak marah cuma ajak berbincang)”.

Steady je jawapan Janna! - Kedahnews.com