Empat Maut Nahas Pesawat Di Jepun

Image result for Empat Maut Nahas Pesawat Di Jepun

TOKYO - Empat maut apabila pesawat Cessna yang dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan bersalji di tengah Jepun, kata polis hari ini. 

Pesawat yang membawa empat penumpang dan anak kapal itu terjunam di pergunungan Alps Utara Jepun di Tateyama semalam. 

Polis menerima panggilan kecemasan daripada lelaki dipercayai seorang daripada mangsa yang berada dalam pesawat itu. Semua mangsa ialah lelaki berusia 21 hingga 57 tahun, 

"Dua orang, termasuk kapten tidak sedarkan diri dan dua lagi masih sedarkan diri," kata pegawai Toyama selepas menerima panggilan kecemasan. 

Namun cuaca buruk dan kabus tebal menyukarkan operasi menyelamat dan menghalang pekerja kecemasan, termasuk helikopter, daripada mengesan pesawat berkenaan. 

Cuma 14 jam selepas panggilan kecemasan diterima penyelamat akhirnya mengesan pesawat pada ketinggian 2,300 meter. Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati, kata polis.

Sumber: Berita Harian