Empat Negara Arab Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Qatar


DUBAI – Empat negara Arab memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara tersebut cuba melindungi pengganas dan campur tangan hal ehwal dalaman negara mereka.

Negara terbabit ialah Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bertindak memutuskan hubungan udara dan laut dengan Qatar, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.
Warga Qatar yang secara kebetulan berada di negara berkenaan turut diberi tempoh selama 14 hari untuk segera keluar daripada empat buah negara Islam terbabit.

Arab Saudi yang juga kemudian mengambil langkah yang sama turut menggesa negara-negara lain untuk segera mengambil tindakan sama ke atas Qatar.

Sementara itu, pihak UAE yang memutuskan hubungan atas alasan sama turut mengarahkan warga dan diplomat Qatar supaya meninggalkan negara tersebut dalam tempoh 8 jam

Kerajaan Qatar ujar UAE, dituduh melindungi organisasi pengganas termasuk Ikhwanul Muslimin. –Kedahnews.com