TAN Sri Shahrir Samad mula memberi petunjuk kritikal dalam isu FGV. Selaku Pengerusi FELDA yang menguasai 33 peratus saham dalam FGV, Shahrir mendedahkan selama ini sangat sukar bagi Felda mengakses FGV. Malah, menegur Lembaga Pengarah FGV yang dilihat tidak menghormati status Felda.
Syahrir membangkitkan protes Felda ketika bertemu PM semalam. Cara Syahrir bersuara kedengaran seperti meluahkan isu yang sudah ditanggung Felda berhubung sikap FGV.
Untuk rujukan, Felda ialah pemegang saham berkumpulan tunggal dalam FGV.
Selain itu, Syahrir turut memberi isyarat wujud isu intergriti dalam pengurusan FGV. Meskipun berlapik, dalam keadaan sekarang, kita boleh menduga: Komen Syahrir berasaskan realiti sebenar yang mahu disampaikan kepada PM.
Selain isu keangkuhan FGV, Syahrir menyentuh isu intergriti tadbir urus.
“FGV mesti menunjukkan amalan urus tadbir korporat yang tinggi,” katanya.
Syahrir bertemu PM di Putrajaya lapan hari selepas isu FGV memuncak dengan krisis antara Pengerusi, Tan Sri Isa Samad dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.
Krisis bermula apabila Zakaria diarahkan bercuti mulai 6 Jun lepas. Pada 13 Jun pula, Zakaria diberikan surat tunjuk sebab.
“Saya sampaikan pandangan FELDA kepada Perdana Menteri bahawa FGV sebagai syarikat yang ada hubungan dengan kerajaan mesti tunjukkan amalan urus tadbir korporat yang tinggi.”
Shahrir juga mengungkit, bahawa FELDA sebagai pemegang saham yang terbesar FGV, perlu mempunyai wakil untuk duduk dalam Lembaga Pengarah.
Cara Shahrir menjelaskan masalah FGV, turut memberi gambaran wujud tembok kebal dan sikap angkuh dalam FGV.
Namun, mesej lengkap Shahrir dalam pertemuan itu, hanya dia dan PM sahaja yang tahu. Pasti isunya lebih kompleks dan menyedari hakikat FGV ini adalah bom jangka yang menanti detik meletup.
Komen Syahrir kepada wartawan agak panjang lebar setelah banyak spekulasi dikaitkan dengan kemelut FGV. Shahrir memperincikan isu tadbir urus.
“Keduanya dari segi pentadbiran dan kepemimpinan seperti yang dikatakan Perdana Menteri, perlu ikut amalan urus tadbir yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan sejam bersama PM.
Pendedahan Shahrir banyak peringatan dan pengajaran. Bukan sahaja di FGV, tapi untuk semua Ahli Lembaga Pengarah agensi dan syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.
Pengerusi dan Lembaga Pengarah menjaga kepentingan aset kerajaan dan bukan menunggang sesuka hati.
Berbalik pada isu FGV, Syahrir juga menyampaikan pandangan pada PM mengenai sikap tidak realistik FGV terhadap Felda.
“Jadi kami juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebagai pemegang saham, siapa sepatutnya yang dijaga, diberi pandangan dan perhatian,” katanya.
Kritik Shahrir era kesombongan FGV sudah berlalu: “Tidak boleh kalau kata, saya Ahli Lembaga Pengarah, maka pemegang saham kena ikut cakap saya, tidak boleh juga kerana dalam urus tadbir ini, pengarah- pengarah syarikat mesti juga menghormati pandangan dan kepentingan pemegang saham. Ini bila sudah terbalik keadaannya, jadi ada masalah dalam urus tadbir FGV,” katanya.
Shahrir sudah memberikan petunjuk berhubung kemelut dalam FGV. - Kedahnews.com