KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membenarkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad, yang digantung daripada tugas, lanjutan masa buat kali kedua untuk menjawab bagi surat tunjuk sebab sehingga Khamis, 29 June, 2017.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, FGV berkata surat tunjuk sebab itu mengenai salah laku prosedur yang didakwa dalam anak syarikat kumpulan perladangan yang sepatutnya dikemukakan pada tengah hari semalam.
Zakaria mengemukakan surat kepada Pemangku Pengerusi FGV pada tengah hari hari ini yang memohon lanjutan masa kali kedua bagi menjawab surat tunjuk sebab berkenaan dan sepucuk surat lagi kepada setiausaha syarikat bagi memohon satu senarai dokumen diberikan kepada beliau, kata FGV.
Menurut syarikat, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan kumpulan akan terus bercuti sehingga dimaklumkan oleh lembaga pengarah kelak. – BERNAMA