SEKALI PANDANG pasti anda pasti akan menyangka gadis Jepun ini berusia dalam lingkungan 20-an.
Ternyata jangkaan anda salah kerana remaja perempuan ini sebenarnya berusia 13 tahun dan pernah menjadi perhatian media ketika bergaya gadis litar pada perlumbaan motosikal berkuasa tinggi di Jepun pada tahun lalu.
Ketika itu, Momoka Kurita berusia 12 tahun tetapi mendapati pujian ramai lelaki dewasa kerana mukanya yang matang selain berfizikal seperti wanita dewasa.
Kemunculan Momoka pada Grand Prix MFJ ke-48 2016 di Suzuka, ternyata bukan sahaja membuka ruang buat dirinya bergelar model,tetapi mencetuskan perdebatan hangat tentang usianya menceburkan diri dalam industri tersebut.
Walaupun ramai memuji kecantikan yang dimilikinya, tetapi penglibatannya dalam majlis orang dewasa dengan berpakaian seksi dianggap sebagai salah.
Malah ramai menyalahkan perkara itu terhadap ibu bapanya tetapi Momoka menjelaskan bahawa tiada siapa yang memaksanya terlibat dalam bidang itu.
Kini Momoka dihubungi banyak syarikat berjenama besar dan perlu membahagikan masa untuk belajar, menjadi model, menghadiri kelas tarian, bermain piano dan bergimnastik.
Sumber : Mstar Online