ALOR SETAR - Bulan Ramadan dan geng plastik hitam sememangnya bukan sesuatu yang asing lagi dan sering menjadi halwa telinga serta bualan orang ramai.
Walau bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral geng plastik hitam tersebut telah mencemari kemuliaan bulan Ramadan, amat menyedihkan apabila kumpulan tersebut dilihat kembali mengganas dan ligat membeli makanan bermula awal Ramadan di sekitar daerah Yan.
Tanda ada rasa malu, geng kaki ponteng puasa dilihat secara selamba keluar masuk dari kedai makan sambil membawa bungkusan plastik hitam.
Bukan itu sahaja, geng ponteng puasa tersebut bagaikan sudah tahu dan kenal benar lokasi tersembunyi yang Malah, mereka dilihat sudah biasa dan kenal mana satu lokasi tersembunyi menjual makanan dalam bungkusan plastik berwarna hitam itu.
Malah, geng ini turut tidak kisah sekiranya mereka membeli di kedai makan kepunyaan kaum Cina dan bukan Islam pada seawal jam 10 pagi lagi, ada juga dikalangan mereka yang hanya mundar-mandir di hadapan kedai, namun tidak masuk ke dalam.
Ada juga diantara mereka yang memilih kedai makan yang lagi setelah melihat ramai pelanggan bukan Islam sedang menjamu selera di kedai tersebut. - Kedahnews.com