Guna Ibu Tumpang Lagi, Cristiano Ronaldo Dapat Anak Kembar


BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dilaporkan kini bergelar bapa kepada sepasang bayi kembar yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Media Portugal melaporkan, pasangan kembar lelaki dan perempuan itu diberikan nama Eva dan Mateo lahir pada khamis.

Bayi kembar itu dilahirkan oleh seorang wanita yang tinggal di pantai Barat Amerika Syarikat, lapor AFP.

Cristiano Ronaldo sebelum ini memiliki seorang anak lelaki bernama Cristiano Junior yang lahir pada tahun 2010 juga menerusi ibu tumpang.

Kapten pasukan Portugal itu juga kini dilaporkan sedang berpacaran dengan model Sepanyol, Georgina Rodriguez. – Kedahnews.com