Hasrat PATI Indonesia Pulang Beraya Berkecai


JOHOR BAHRU – Seramai 35 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia sanggup menyorok beramai-ramai di dalam ruang penyimpanan barang yang gelap dan panas semata-mata mahu pulang ke negara asal secara haram untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, hasrat mereka tidak kesampaian apabila sebuah bot yang mereka naiki ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Kuala Sungai Batu Pahat, Batu Pahat dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, seorang tekong serta dua orang awak-awak turut diberkas.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang, bot jenis ‘barter trader’ yang sedang menghala ke perairan Indonesia itu dikesan pasukannya ketika sedang melakukan Op Gelora di kawasan Kuala Sungai Batu Pahat.

Sumber: Kosmo