KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengakui kekalahan 7-3 di tangan England pada aksi kedua Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL), sebagai sesuatu yang sukar diterima.
Ia adalah kekalahan besar kedua dalam tempoh 20 jam dialami skuad negara di Pusat Hoki Lee Valley, London selepas ditundukkan 5-2 oleh Argentina dalam aksi pembukaan Kumpulan B sebelum itu.
“Memang sukar untuk menerima kekalahan ini sebab kita sudah berjuang habis-habisan untuk kembali mengikat aksi 2-2 tetapi kemudiannya melepaskan tiga gol mudah dalam tempoh lapan minit di suku ketiga.
“Sama seperti ketika menentang Argentina, kami berjaya bangkit tetapi juga melepaskan gol di suku ketiga,” kata Van Huizen.
Justeru, Van Huizen sedar dua aksi terakhir bermula pertemuan dengan Korea Selatan, esok dan China (Selasa ini) boleh diibaratkan sebagai aksi final.
“Dua perlawanan ini amat penting bagi kami, ibarat final.
Setiap mata dan gol menjadi begitu penting buat kami kerana sekarang agregat pasukan adalah negatif tujuh.
“Kami kena kembali memberi tumpuan dan harus segera melupakan dua kekalahan perit ini.”
Dua kekalahan besar itu menyaksikan Malaysia kekal menghuni tangga tercorot kumpulan.
Ia hanya dipisahkan dengan Korea Selatan berdasarkan agregat gol selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa mata.
England pula melonjak ke tangga teratas selepas berkongsi enam mata bersama Argentina manakala China yang mengejutkan Korea Selatan 5-2 semalam di tempat ketiga dengan tiga mata.
Dalam aksi bertemu England itu, tuan rumah selesa 2-0 di depan selepas lapan minit perlawanan menerusi jaringan Barry Middleton dan Christopher Griffiths sebelum gol Faizal Saari (minit ke-19) dan Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil (ke-28) kembali mengikat aksi 2-2.
Namun, tiga gol menerusi Sam Ward, Middleton dan Mark Gleghorne dalam tempoh lapan minit di suku ketiga terus meranapkan peluang negara ketika pemain dilihat tertekan dengan sokongan padu peminat England.
England terus menghukum Malaysia dengan dua lagi jaringan menerusi Ward dan Gleghorne sebelum Faizal merapatkan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti pada penghujung perlawanan. – Berita Harian