Honda Malaysia Perkenal Jazz Baharu


KUALA LUMPUR - Honda Malaysia terus menjadi peneraju pasaran kenderaan dengan melancarkan model kenderaan hatchback, Jazz serba baharu yang ditambah baik dengan teknologi moden serba canggih.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, Jazz serba baharu hadir dengan tiga varian 1.5 liter iaitu S pada harga RM74,800; E (RM81,000) dan V pada harga RM88,400.

“Selain itu, kami juga memperkenalkan Jazz hibrid baharu pada harga RM87,500 dengan Malaysia menjadi satu-satunya negara selain Jepun memperkenalkan sistem Sport Hybrid Intelligent Dual Clutch Drive (i-DCD) Honda.

“Keputusan melancarkan Sport Hybrid ini juga sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosikan kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya dalam majlis pelancaran Honda Jazz wajah baharu di sini semalam.

Honda Jazz baharu ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Carnival Red, Taffeta White dan Crystal Black Pearl manakala Jazz Hybrid hadir dalam warna Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl.

Sumber : Utusan Online