ALOR SETAR - Kerajaan sentiasa mengutamakan konsep wasatiyyah sekali gus memastikan kebebasan beragama dipelihara biarpun Islam sebagai agama Persekutuan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, berkata biarpun majoriti rakyat negara ini adalah Islam, tetapi ia tidak menghalang bangsa lain mengamalkan agama masing-masing.
Katanya, statistik terbaharu mendapati Bumiputera beragama Islam di negara ini yang menjadi majoriti kaum di negara ini adalah sekitar 68 peratus.
"Menjelang 2050, kita menjangkakan ia meningkat kepada 80 peratus. Dalam keadaan ini kita tidak mengenepikan agama lain untuk diamalkan di negara ini kerana itu adalah sebahagian daripada pemerintahan yang adil.
"Keadilan melalui pemerintahan yang adil ini menjadikan Islam itu indah, " katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Rafeah, Taman Uda di sini, hari ini.
Pada majlis itu, 100 asnaf dan anak- anak yatim menerima sumbangan.
Ahmad Zahid berkata, jika ada sesiapa yang menempelak negara ini dengan mengatakan pemerintahan perlu dilaksanakan secara sekular, orang itu perlulah melihat kembali perlembagaan negara.
"Dalam Perlembagaan Negara itu ada disebutkan sebagai Islam adalah agama persekutuan negara ini jadi manakala agama lain bebas untuk diamalkan di negara ini," katanya.
Terdahulu, program itu, ia dihadiri 1,200 pegawai, keluarga serta kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib.
Ahmad Zahid meneruskan penjelajahan di Kedah sempena Ramadan, Kedah menjadi destinasi ke-4 selepas Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor.
Sumber: BH Online