PUTERA Harry menegaskan tidak ada sesiapa pun dalam keluarga diraja ingin menjadi raja atau ratu.
Menerusi satu temubual, beliau kemudian menjelaskan bahawa Britain dan beberapa negara masih memerlukan 'the magic' keluarga diraja.
Selain itu, putera berusia 32 tahun itu turut mengkritik keputusan keluarganya yang memaksa dia berjalan di belakang keranda mendiang ibunya pada usianya ketika itu 12 tahun selain berkata: 'No child should be asked to do that.'
Mengenai monarki, dia melemparkan soalan: “Ada tak sesiapa dalam Keluarga Diraja mahu menjadi raja atau ratu? Rasanya tiada. Tapi kami akan menjalankan tanggungjawab apabila tiba masanya.”
Harry jarang menyimpan rahsia berkaitan ‘tugasnya’ itu tetapi tiba-tiba memberthau dunia bahawa tiada dalam keluarganya ingin menjadi raja, termasuk abangnya, William.
Beliau kemudian berkata: “Monarki adalah ‘kuasa’ yang baik dan kami mahu meneruskan apa yang sudah dilakukan oleh Ratu sepanjang 60 tahun ini. Tapi, kami tidak akan jadi sepertinya.
“Kami akan membabitkan diri dalam permodenan monarki Inggeris. Bukan untuk kami tapi untuk rakyat jelata.
“Selai itu, Ratu juga begitu baik hati kerana memberikan kami peluang untuk memilih. Baginda meminta kami berfikir dan tidak perlu terburu-buru.”
Semua kenyataan, ulasan dan komen putera berkenaan dimuatkan dalam majalah Newsweek.
Pada 1997, Harry bersama ayah, Charles; datuk, Philip; abang yang ketika itu berusia 15 tahun dan pakciknya, Earl Spencer, berarak di London bagi upacara pengkebumian ibunya, Diana.
Harry, yang berada di ranking kelima untuk menduduki takhta, berkata: “Ibu saya baru saja meninggal dunia ketika itu dan saya dipaksa berjalan di belakang kerandanya?.
“Ketika itu, beribu mata memandang dan berjuta lagi melihatnya menerusi siaran langsung di TV. Rasanya kanak-kanak tidak patut diperlakukan sedemikian walau apa alasan sekali pun. Kalau sekarang, ia mungkin tidak berlaku.”
Sejak kebelakangan ini, Harry dan William menerima pelbagai kritikan mengenai tanggungjawab diraja, termasuk dakwaan mereka hanya menjalankan tugas yang terlalu kecil berbanding orang tua mereka.
William digelar ‘workshy’ atau malas sehinggakan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan rumahnya di Norfolk dan kembali ke kota London untuk membantu Ratu yang berusia 91 tahun dan Duke of Edinburgh, yang bakal bersara tidak lama lagi.
Ketika bercakap mengenai semuanya itu dalam temubual di Kensington Palace, Harry berkata: “Saya kini bersemangat dan suka acara amal, bertemu orang dan cuba untuk membuatkan mereka ketawa.
“Ibu saya meninggal dunia ketika saya masih sangat muda. Oleh itu, jika boleh saya tak mahu memulakan ‘perjalanan’ itu dalam keadaan saya sebelum ini.
“Tapi, mujur saya sempat keluar daripada keadaan itu dan mula mendengar nasihat di samping memutuskan untuk menggunakan kedudukan saya untuk tujuan kebaikan.”
Putera itu kini kian banyak bercakap mengenai mendiang Diana - bakal kembali dikenang apabila ulangtahun ke-20 kematiannya pada Ogos depan - dan secara terang menegaskan bahawa ibunya itu adalah inspirasi utama hidupnya.
Menurutnya, beliau ‘bagaikan tahu’ badan amal mana mendiang ibunya mahu dia aktif dan kemudian berseloroh: “Kadangkala, semangat saya kuat.”
Beberapa minggu lalu, Harry bercakap mengenai kesan kematian Diana terhadapnya sehinggakan murung bersendirian sebelum mendapatkan khidmat profesional ketika usianya lewat 20-an.
Menerusi laporan Newsweek itu, Harry turut memuji ibunya yang banyak menunjukkan kepadanya cara hidup seperti ‘orang biasa’.
Katanya, beliau sendiri keluar membeli barang sambil berkata: “Orang ramai tentu terkejut jika tahu kehidupan ‘orang biasa’ saya dan William.”
Putera itu yang kini berpacaran dengan aktres Amerika, Meghan Markle, berkata beliau mahu warisnya menjalani hidup seperti ‘orang biasa’ jika diberikan peluang mempunyai anak.
Katanya: “Saya sendiri akan keluar membeli barang walaupun jika bergelara raja.”
Sumber: Metro