Imam Warisi Al- Quran Bersalut Emas 18 Karat


SEORANG lelaki tidak menyangka tidak menyangka koleksi Al-Quran bersalut emas 18 karat yang merupakan warisan turun-temurun dari nenek moyangnya itu bersejarah.

Media Indonesia melaporkan, Kemas Haji Andi Syarifuddin, 46 tahun menerima Al-Quran itu daripada ibu bapanya pada tahun 1990 sewaktu dia masih bersekolah.

Perkara yang diketahuinya adalah usia Al-Quran itu sudah mencecah 250 tahun dan merupakan peninggalan penghulu di zaman Kesultanan Palembang Darussalam.

“Alhamdulillah, saya ada sepuluh Al-Quran bersejarah, dan dua daripadanya bersalut emas,” katanya.

Adi yang merupakan imam Masjid Agung Palembang itu menyatakan ada beberapa perbezaan pada Al-Quran itu.


Menurutnya, terdapat tiga bahagian yang bersalut emas 18 karat iaitu pada halaman depan surah Al-Fatihah, surah Al-Kahfi, dan halaman akhir surah An-Nas.

“Setelah diperiksa, halaman itu memang disalut dengan emas 18 karat. Saiznya masih sama dengan Al-Quran sekarang, cuma berbeza pada nilai sejarah dan penulisannya,” katanya.

Selain itu, Andi menyatakan bahawa tulisan pada Al-Quran itu tidak menggunakan mesin cetak, tetapi, menggunakan tulisan tangan dengan dakwat emas. Kertas Al-Quran itu pula berasal dari Eropah.

Banyak pengalaman unik terjadi kepada Andi sewaktu menyimpan Al-Quran tersebut, antaranya adalah seseorang dari Malaysia mahu menukar Al-Quran tersebut dengan bayaran membuat Haji.

Tawaran itu berlaku sewaktu Andi mengikuti pameran kitab bersejarah di Bima, Nusa Tenggara Barat pada tahun 2005.

“Sewaktu mendapat tawaran itu saya masih belum mempunyai haji, tetapi saya menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu menjual Al-Quran itu,” katanya.

Walaupun keadaanya sudah kusam dan rosak, Andi berharap Al-Quran bersalut emas itu akan terus dijaga sehingga beberapa generasi keluarganya akan datang.

“Nampak saja sudah tua, tetapi masih boleh dibaca dengan jelas,” katanya. – Kedahnews.com