Jangan Minta Duit Raya Daripada Tajul


APABILA ditanya mengenai hari raya penyanyi Tajul berkata antara perkara yang dia suka ialah berkunjung ke rumah saudara-mara dalam masa satu hari biarpun perjalanan agak jauh. 

Namun dalam kemeriahan hari raya, ada beberapa perkara yang membuatkan Tajul tidak menggemarinya.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, 19, merupakan adik kepada Achik (Spin) dan popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu.

Dalam pada itu, Tajul bukanlah tidak suka sambut hari raya. 

Biarpun ada beberapa perkara yang membuatkan Tajul tidak senang, dia tetap menikmati hari raya bersama keluarga dan saudara-mara.

Tambahan pula, Tajul masih menerima duit raya daripada keluarga. 

Kata Tajul, paling banyak ibu dia pernah bagi ialah RM200 dan duit itu disimpan dalam Bank.

Mari kita baca lima perkara yang Tajul tak gemar apabila menyambut hari raya.

1. Bagi orang bujang, sudah kemestian akan ada soalan bila nak kahwin? Walaupun saya masih muda, ada juga yang bertanya kepada saya soalan ini. Bukan tak suka tapi macam tak sesuai sebab saya masih muda.

2. Saya tak suka apabila orang minta-minta duit raya. Biarlah saya bagi duit itu seikhlas hati bukan sebab paksaan.

3. Biasalah bila balik kampung, semua saudara-mara ada. Memang tidak ada ruang untuk tempat tidur. Kena berhimpit juga dekat ruang tamu rumah.

4. Pagi raya mesti dah kecoh sebab masing-masing berebut nak mandi. Bilik air ada satu sahaja dan seorang pula ambil masa yang lama untuk mandi. Nak tunggu giliran mandi itu yang saya tak berapa suka.

5. Yang terakhir, tempat letak kereta penuh dan kami sekeluarga kena letak kereta jauh.

Sumber : Mstar Online