KUANTAN - Amalan bersedekah dan menderma pada bulan Ramadan sememangnya amat digalakkan lebih-lebih lagi perbuatan itu mampu meringankan penderitaan golongan tidak bernasib baik.
Namun, akhir-akhir ini timbul persoalan adakah mereka yang meminta sedekah dan derma itu benar-benar dalam kategori orang yang memerlukan atau sekadar sandiwara bagi meraih wang ekspres hasil kemurahan hati umat Islam pada bulan mulia ini.
Tinjauan media di sekitar bazar Ramadan di bandar ini mendapati terdapat pengutip derma dan peminta sedekah yang menggunakan pelbagai cara bagi meraih simpati orang ramai.
Tinjauan sejam dari jam 5 hingga 6 petang, kelmarin, di bazar Ramadan berhampiran Masjid Negeri Masjid Sultan Ahmad Shah 1 mendapati wujudnya aktiviti memungut derma dan meminta sedekah daripada orang ramai di bazar itu.
Sumber: Harian Metro