Jawatankuasa Kerja Baru Akan Ditubuhkan Bagi Perkemas KAFA - Mahadzir

 

ALOR SETAR -  Satu jawatankuasa kerja baru akan ditubuhkan dan dibentuk oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai satu langkah memperkemaskan lagi Program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sedia ada.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, usaha tersebut sebagai salah satu langkah bagi membincangkan mengenai kaedah sagar dapat menambahbaikkan program berkenaan kepada satu sistem yang lebih berorganisasi dan kemas.

“Satu jawatankuasa kerja akan dibentuk antara Jakim dan Kementerian Pendidikan selepas itu kita akan bincang tentang kaedah memperkemaskan program Kafa kepada satu sistem." katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 565 individu terdiri daripada imam, guru Kafa, pegawai masjid dan guru agama di Padang Terap, semalam.

Difahamkan bahawa hasrat tersebut  juga pernah diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika Warshah Islah Pendidikan Islam Lepai, pada 15 Jun lepas.

Selain itu, Mahadzir turut menjelaskan  jawatankuasa tertinggi bagi pihak Jakim yang terlibat dalam jawatankuasa kerja itu adalah Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agam Islam (Lepai) yang berada di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

“Lepai di bawah Majlis Raja-raja Melayu apabila siap akan persembahkan kepada Raja-raja Melayu. Kita nak perkemaskan Kafa di sekolah,” katanya lagi. - Kedahnews.com