JIKA anda masih ingat, media Indonesia beberapa tahun lalu pernah digemparkan dengan rakaman video solat tarawih ‘ekspres’ yang berlaku di sebuah masjid di Jawa Timur.
Video ibadat sunat yang dilakukan dalam masa tujuh minit itu mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan hangat di media sosial ekoran begitu bertentangan dengan rukun Islam.
Apa yang lebih memeranjatkan, ibadah solat Tarawih kilat ini telah dilakukan sejak turun-temurun selama beberapa generasi dan diamalkan di masjid sama sejak 160 tahun yang lalu.
Kini, sebuah lagi amalan pelik cara bersolat daripada segelintir masyarakat Indonesia berjaya dirakam dan kini heboh diperkatakan di media sosial.
Menerusi rakaman, ia menyakskan puluhan jemaah wanita dan lelaki sedang berjoget di dalam sebuah masjid, berkemungkinan besar kejadian ini terjadi ketika solat Tarawih.
Kesemua jemaah turut melaungkan suatu “kalimah” atau perkataan secara serentak namun tidak begitu jelas sebutannya di dalam video itu.
Netizen yang menyaksikan video itu menganggap perbuatan tersebut sebagai ‘sesat’ kerana cara solat seperti itu bukan ajaran Islam.
“Biasa la Indon memang banyak ajaran sesat sukar nak dibendung…kawin lain-lain agama pun boleh suami islam wife kristian…Masyaallah,” tulis Azahar Nasir.
“Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia namun sayang pihak agama di sana tidak membendung gejala islam songsong yang banyak berlaku. Itu lagi bahaya. Akan timbul puak-puak dalam agama islam itu sendiri,” kata Kamsan Talib.
Dalam Islam, solat hendaklah dikerjakan dengan tertib, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. –Kedahnews.com