Kanak-Kanak Lelaki Cemas Parasail Dipukul Ribut Di Langkawi

  

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki warga China berdepan detik cemas apabila apabila parasail dinaiki bersama tenaga pengajar dipukul ribut sebelum terjatuh di kawasan Bukit Permata berhampiran Pantai Tengah, Langkawi dekat sini baru-baru ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu berlaku selepas tali parasail yang disambung pada sebuah bot terputus sebelum ia diterbangkan ke kawasan bukit tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Che Ghazali Che Awang berkata, mangsa, Chao Yang, 7, tidak mengalami kecederaan sementara tenaga pengajar, Muhammad Asratu Syaaban Mislan, 21, cedera pada kaki.

"Tenaga pengajar dibawa ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Kata beliau, kanak-kanak lelaki terbabit telah pulang ke China bersama keluarganya.

Sumber: Kosmo