Kanak-Kanak Perempuan Hilang Telah Ditemui


KANAK- kanak perempuan berusia tiga tahun Nadyne Shazia Muhammad Syakir, yang dilaporkan hilang semalam sudah ditemui kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan bapanya melalui laman Twitter yang menyatakan pembantu rumahnya membawa Nadyne pulang ke rumah di Taman Melati.

"Anak perempuan saya sudah pulang ke rumah. Pembantu rumah membawanya pulang. Terima kasih semua," katanya melalui Twitter.

Semalam tular di laman sosial mendakwa Nadyne dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Melati selepas dipercayai dibawa lari pengasuh kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketika mereka keluar, kedua ibu bapanya sedang bekerja.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nadzirah Mohamed berkata, kehilangan anak dan pengasuhnya disedari apabila pulang ke rumah pada jam 7 malam semalam.

Sumber: Metro