EMPAT hari lepas, penulis blog politik terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah mengetahui awal lagi ‘serangan’ DoJ pada 15 Jun 2017 akan berlaku.
Ini kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah menceritakan awal-awal lagi mengenai hal serangan oleh pihak asing tersebut kepada tiga orang Exco Armada partinya sendiri.
Syed Saddiq memberitahu bahawa Tun Daim Zainudin sudah ‘belanja’ RM50 juta untuk kempen guling Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media antarabangsa dan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS).
Ini termasuklah kos untuk membayar AS$5 juta kepada Clinton Foundation. Dua hari lepas, apabila cerita mengenai Daim itu bocor, Syed Saddiq yang jelas kantoi terpaksa buat satu sidang media untuk ‘tebus’ dosa dan malu.
Kali ini Syed Saddiq terpaksa gunakan cerita berlian RM116 juta sebagai bahan menyerang Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri. Beliau mengajak semua rakyat bercerita tentang cerita berlian RM116 juta.
Biarpun langsung tidak ada gambar sebenar berlian itu, tiada transaksi sebenar dan bukan pun dalam senarai barang yang dirampas oleh DoJ, tetapi Syed Saddiq tetap juga ingin meneruskan cerita fitnah terbaharu itu.
Sebenarnya Syed Saddiq terpaksa buat ‘damage control’. Syed Saddiq terpaksa alih semula perhatian kepada subjek “Rosmah” dan juga “berlian” kerana telah tersilap mendedahkan Daim sebagai dalang pembayar kepada DoJ.
Ibarat hendak jadi Rafizi Ramli pula si Syed Saddiq ini. Walhal Rafizi pun sudah takut ‘main’ isu berlian ini. Lepas ini jangan pula cakap macam Rafizi: “saya hanya buat lawak sahaja” apabila disoal di muka pengadilan.
Menurut cakap politik cerita kedai kopi, Daim yang selama ini membiayai gerakan Syed Saddiq sehingga mahu menghantarnya ke Universiti Oxford untuk belajar, dilaporkan sudah marah dan naik angin.
Malah sumber dalam PPBM kata, Daim marah benar Syed Saddiq apabila dapat tahu penulisan Raja Petra mengenai RM50 juta dan AS$5 bilion dibayar kepada media asing, Yayasan Clinton dan DoJ untuk serang Najib dan Rosmah.
Dalam satu mesyuarat tertutup, Syed Saddiq dihentam teruk. Beliau kena maki dan dipersalahkan kerana membuat tindakan bodoh menelanjangkan Daim sebagai dalang di belakang isu serangan DoJ selepas setahun senyap.
Perkataan ‘stupid’ dan ‘bloody fool’ itu antara kata kata yang dimaki kepada Ketua Armada PPBM itu. Raja Petra pula anggap tindakan Syed Saddiq buat laporan polis berhubung pendedahannya umpama gali lubang kubur sendiri.
Akhirnya pihak polis akan mencari identiti sebenar siapa tiga exco yang mendedahkan cerita DoJ itu. Syed Saddiq akan lebih malu jika tiga exco itu mengesahkan bahawa cerita tersebut adalah betul dan benar, bukan rekaan.
Silap-silap hari bulan pula tiga orang exco berkenaan sudah merakamkan perbualan dan percakapan Syed Saddiq itu dalam bentuk audio atau video. Lagilah kantoi Syed Saddiq. Habislah masa depan beliau selepas ini!
Walaupun Raja Petra tidak dedah, ramai orang tahu dalang sebenar di sebalik serangan jahat DoJ itu. Mahathir Mohamad pun pernah hantar wakil jumpa DoJ sebelum ini iaitu Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan.
Baca pendedahan di pautan ini; Siapa yang berpakat dengan pihak FBI dan kemudian buat cerita karut konon FBI hendak tangkap Najib apabila perdana menteri berada di AS untuk lawatan rasmi suatu ketika dahulu:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1688225951487162&substory_index=0&id=1455416204768139
Cuti hari raya puasa ini konon hendak dijadikan medan cerita fitnah berlian RM116 juta oleh Syed Saddiq. Hari raya Aidilfitri ini, umat Islam mahu bermaafan dan berkongsi khabar tentang keluarga dan sahabat handai.
Namun bagi orang yang terdesak seperti Syed Saddiq, cuti raya pun mahu dijadikan kempen politik. Cincin RM24 juta yang dijaja Rafizi terbukti sudah satu cerita fitnah semata mata. Begitu juga cerita berlian RM116 juta ini.
Mana rupa bentuk sebenar berlian itu? Apa transaksinya? Bila masa pula Rosmah pakai dan guna berlian RM116 juta itu? Ada gambarkah? Semuanya tiada. Cerita Syed Saddiq ini rupa-rupa hanyalah fitnah semata mata.
Jangan jaja cerita fitnah. Syed Saddiq, Mahathir dan Muhyiddin sudah ‘desperate’. Terpaksa lalukan fitnah dalam bulan puasa sebegini semata-mata untuk jatuhkan Najib. Tidak boleh serang suami, isteri pula yang jadi sasaran!
Hodoh sungguh perangai puak pembangkang di Malaysia. Eloklah mereka dengar nasihat ikhlas Nik Abduh Nik Aziz, seorang tokoh muda dari PAS, iaitu kembalilah semula ke ‘tikar sejadah’ pada akhir Ramadan ini.
Kebenaran akhirnya akan mengatasi rancangan fitnah jahat pihak pembangkang ini. Allah SWT akan bersama-sama orang yang benar dan berbakti pada rakyat. – Beruang Biru