KD Perantau Temui MT Putri?


PETALING JAYA - Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memaklumkan kapal KD Perantau telah mengesan objek bawah air dipercayai MT Putri yang meletup baru-baru ini.

Melalui laman Twitter miliknya, Ahmad Kamarulzaman yang memuat naik status pada pukul 2.38 petang turut memberitahu, pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam perjalanan ke lokasi untuk pengesanan.

Terdahulu, Bernama melaporkan pada Khamis lalu bahawa enam anak kapal warga Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah kapal tangki meletup dan dipercayai tenggelam di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Tanjung Pengelih, dekat Pengerang, awal pagi Khamis.

Anak kapal berkenaan dikenali sebagai Akhmad Faharuddin, 35, Muhamad Heri Hernanda, 28, Raden Abdur Rahem, 31, Rendy Alamanda,28, Sulkifli, 39, dan Yohanis Sumari, 35.

Kapal MT Putri SEA itu dipercayai membawa muatan minyak mentah dan telah didaftarkan di Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea.

Sumber : Mstar Online