Pada Selasa baru ini, dua editor kanan The Star telah digantung tugas selepas siasatan awal terhadap akhbar itu yang menyiarkan tajuk berita Malaysia Terrorist Leader dan foto besar umat Islam sedang berjemaah solat tarawih di muka hadapan, pada Sabtu lalu..
Menurut laporan The Star Online, editor yang digantung itu termasuk ketua pengarangnya.
Kedua-dua mereka akan berhenti menjalankan tugas masing-masing sehingga notis seterusnya.
Dalam masa yang sama polis pula sudah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Ketua Polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis telah memanggil empat pengarang akhbar itu yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak aduan orang awam kepada polis mengenai paparan gambar dan tajuk berita yang menyinggung perasaan mereka.
Memang benar rakyat Malaysia terbunuh di Malawi, di selatan Filipina berikutan pertempuran antara militan dengan tentera negara berkenaan yang berlaku sebelum sebelum Ramadan lagi.
Apa yang dipertikaikan ialah kedudukan gambar dan tajuk muka depan itu yang menggambarkan kepada umum seolah-olah umat Islam dikaitkan atau 'menyokong keganasan'
Sebelum ini media barat juga seringkali mengaitkan keganasan dengan agama Islam walaupun dinafikn atas`alasan Islam tidak merestui serta mengutuk perbuatan keganasan baik dalam apa cara sekalipun.
Namun di sebalik kebebasan yang diberikan kepada media cetak, mahu pun media elektronik dalam melapor, menyiar sesuatu berita mahupun gambar terdapat batas dan garis panduan yang perlu dipatuhi.
Etika di bidang kewartawanan dan penerbitan itu tentu sekali amat difahami sama ada oleh ketua pengarang dan editor kanan atau 'gatekeeper' bagi sesebuah syarikat penerbitan.
Ada kesilapan mungkin boleh diberikan amaran, teguran atau kemaafan walaupun berita yang disiarkan itu menyinggung perasaan dan menghina orang lain.
Dalam isu akhbar yang berlaku pada The Star ini , ia tentunya menggelisahkan rakyat. apatah lagi bantahan disuarakan oleh pimimpin politik, tokoh agama dan NGO.
Bagi pembaca umum khususnya umat Islam, ia mungkin melihat penyiaran seumpama itu dilakukan dengan niat bagi menggambarkan umat Islam tidak bleh dipisahka dengan keganasan.
Begitu pun niat murni pengarang untuk meletakkan gambar solat tarawih itu di muka utama boleh dipuji kerana ia memberi perhatian kepada pembaca umat Islam yang mula menyambut Ramadan.
Namun kedudukan tajuk berita 'Malaysia Terrorist Leader' yang 'berjiran' dengan umat Islam sedang bersolat lebih dibimbangi kerana ia boleh mencetuskan api kemarahan jika tindankan pantas tidak diambil. - Kedahnews.com
