Kelam-Kabut, CEO Letak Jawatan

 Image result for tragedi Grenfell Tower

KETUA Pegawai Eksekutif Majlis Kensington dan Chelsea diarah meletakkan jawatan berikutan kritikan terhadap tragedi Grenfell Tower dan pengurusan bantuan yang kelam-kabut.

Nicholas Holgate diarah berbuat demikian oleh Setiausaha Kemasyarakatan dan Kerajaan Tempatan, Sajid Javid, kelmarin.

Menerusi kenyataannya, Holgate menejelaskan bahawa Sajid Javid 'mendapatkan persetujuan ahli majlis untuk tujuan itu’ dan menambah bahawa kedudukannya kini sebagai ‘halangan’.

“Walaupun saya hendak meneruskan usaha pemulihan, saya memutuskan untuk melepaskan jawatan ini apabila calon yang sesuai dilantik,” katanya.

Desakan itu berikutan penduduk Grenfell mendedahkan bahawa mereka berulang kali memberitahu majlis dan pemilik bangunan, Kensington and Chelsea Tenant Management Organisation, untuk berbuat sesuatu mengenai tahap keselamatan sebelum kediaman itu terbakar.

Sekurang-kurangnya 79 menjadi korban dalam kebakaran itu, yang mengejutkan London pada 14 Jun lalu.

Kira-kira 600 penduduk kini tidak berumah selepas kebakaran itu manakala pengurusan bantuan kelab-kabut.

Sumber: Metro