JAKARTA – Mitsubishi Indonesia akhirnya berjaya menemui keluarga seorang bayi lelaki dinamakan Pajero Sport yang sebelum ini menjadi tular di media sosial.
Wakil Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) bertemu bayi pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti itu kelmarin di kediaman mereka di Pamulang, Tengerang Selatan.
MMKSI menyatakan hasrat untuk bertemu bayi itu selepas kad yang mengumumkan kelahiran dan nama kanak-kanak berkenaan tular di media sosial.
Wakil MMKSI, Intan Vidiasari berkata, pihaknya gembira kerana dapat bertemu dengan bayi yang dinamakan sempena kenderaan pacuan empat roda popular keluaran Mitsubishi.
“Pak Muis sangat bersemangat menceritakan mengenai bayinya yang dilahirkan pada 1 Jun lalu.
“Dia sangat meminati Pajero Sport model terbaru terutama sekali rekaan lampu belakang kenderaan itu,” katanya.
Sementara itu, Muis memberitahu, dia dan isterinya sudah sepakat menamakan anak keempat mereka Pajero Sport.
“Kami sudah sepakat dan dalam proses untuk mendaftarkan nama itu,” jelasnya.
Muis berkata, dia memilih Pajero Sport untuk nama anaknya kerana melihat kenderaan itu yang besar, gagah dan boleh melepasi segala jenis laluan.
“Kebetulan anak saya lelaki dan saya berharap dia akan membesar menjadi gagah dan kuat seperti kenderaan ini,” katanya.
Intan memberitahu, dalam kunjungan itu pihaknya memberi sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan dan membawa keluarga itu bersiar-siar menaiki kenderaan Pajero Sport. – Agensi