Kenali Rakan Anda, Dia Jujur Atau Hanya Berpura-Pura?


Untuk mengaku sebagai kawan, semua orang boleh mengaku sebagai kawan. Tetapi, untuk memilih sahabat yang sejati yang betul-betul jujur dengan kita, ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Kadang-kadang, anda menjalinkan hubungan dengan jujur dan ikhlas tetapi kawan anda hanyalah berpura-pura baik di hadapan anda.

Apabila menyedarinya, anda akan rasa marah dan tertipu.

Oleh itu, sebaiknya anda mengetahui dari awal adakah rakan anda itu merupakan seorang sahabat yang baik atau bukan.

Kami kongsikan beberapa cara untuk anda mengenali perangai sebenar kawan anda. Adakah dia sahabat sejati, atau dia hanya layak dianggap "kawan makan kawan".

1. Tidak menghargai


Dalam persahabatan, saling menghargai adalah sikap yang perlu ditunjukkan oleh semua orang. Jika dia melayan anda dengan buruk, bererti dia merendahkan anda. Jika rakan anda sering menunjukkan sikap tersebut, sudah tiba masanya anda menjauhkan darinya.

2. Iri hati

Adakah rakan anda sering menunjukkan sikap tidak bahagia dan tidak senang jika anda mendapat pujian atau dapat mencapai target? Jika dia sering  memerli dan menunjukkan rasa iri hati, dia adalah orang yang tidak jujur dengan anda.

3. Bercakap di belakang

Anda pasti akan tahu apabila orang membicarakan anda di belakang. Mereka menggosipkan tentang kehidupan anda  di belakang pengetahuan anda. Senang cerita, mengumpat! Orang yang selalu bercerita tentang anda di belakang bukanlah kawan yang baik. Segera jauhkan diri!

4. Memanfaatkan

Ada pula jenis kawan yang hanya mahu menggunakan anda untuk kepentingan peribadi. Apabila dia sudah mendapatkan sesuatu yang diingini, dia akan meninggalkan anda. Untuk itu, jika teman anda hanya menelefon anda ketika ingin diajak pergi ke tempat yang menyeronokkan dan hilang ketika anda sedang susah, bermakna dia hanya menggunakan anda! –Kedahnews.com