KUALA LUMPUR - Kesediaan Jabatan Peguam Negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekerjasama dalam isu tuntutan sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) membuktikan ketelusan kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam kenyataannya berkata, pendekatan terbuka dan telus itu membuktikan tiada apa yang hendak disembunyikan dalam isu berkenaan.
"Malah Perdana Menteri sendiri memberi jaminan kepada rakyat berulang kali bahawa setiap salah laku mesti ditentukan oleh mahkamah undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya mengulas mengenai isu saman sivil yang dikemukakan DOJ baru-baru ini.
Tiong Lai turut mengesa DOJ membuktikan dakwaannya di mahkamah yang kompeten, bagi menyelesaikan keraguan terhadap isu itu pada ketika ini.
Katanya, negara ini sudah menjalankan pelbagai siasatan terhadap 1MDB termasuk yang dibuktikan dengan laporan terperinci oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang bebas.
"Hasil siasatan dirujuk pula kepada Jabatan Audit Negara, serta Bank Negara Malaysia juga sudah mengetuai siasatan dan mengenakan denda terhadap 1MDB.
"Polis Diraja Malaysia menyambung siasatan dengan bebas tanpa sebarang rasa takut atau berpihak. Kerajaan sudah mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu 1MDB," katanya.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, isu dalam 1MDB sudah dinyatakan dengan jelas, iaitu model perniagaan dan pengurusan, pentadbiran yang lemah serta kebergantungan kepada hutang.
Ini adalah pengajaran yang amat menyakitkan di mana isu 1MDB dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dan malangnya, kata beliau.
Menurut beliau lagi, sekarang pihak yang tidak bertanggungjawab itu bekerjasama pula dengan agen asing bagi mencapai matlamat mereka.
Sumber: Berita Harian