Keselamatan 3,000 Penduduk Terancam


KUALA LUMPUR - Belum pun selesai masalah mendapan tanah yang di­hadapi kira-kira 3,000 penduduk Apartmen Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi di sini akibat projek pembinaan kondominium di Desa Tasik, kini mereka berhadapan pula dengan masalah baharu selepas projek itu didakwa terbengkalai sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan perumahan tersebut mendapati projek pembinaan kondominium yang mula dibina pada awal tahun lalu kini terbiar tanpa pengawasan pihak berwajib.

Malah, situasi itu kini me­ngancam keselamatan pendu­duk setempat apabila kawasan sekitar tapak projek yang terletak berse­be­lahan dengan Apart­men Desa Tasik Fasa 1A itu kini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Salah seorang penduduk, A. Ellammah, 53, memberitahu, sebelum ini penduduk ditekankan dengan isu tanah mendap di kawasan tempat letak kereta yang belum selesai, kini ditambah pula ancaman denggi apabila tapak pembinaan yang terbengkalai itu menjadi kawasan takungan air.

Menurutnya, sele­pas isu ta­nah mendap berlaku pada Februari lalu, kami difahamkan kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga semalam.

“Mereka yang mencari ma­salah tetapi kami penduduk di sini yang ter­paksa mengha­dapi­nya dengan pelbagai tekanan selain keselamatan dan kebersihan.

“Walaupun aduan telah dibuat beberapa kali kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun masih tiada tindakan diambil,” kata­nya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Fisol Sarkhawi, 35, berkata, sejak isu itu berlaku, beberapa kes demam de­­­n­ggi telah menyerang beberapa penduduk yang tinggal di kawasan berke­naan.

Ujarnya, perkara tersebut se­kiranya dibiarkan akan memudaratkan penduduk setempat terutamanya isu melibatkan kematian ekoran daripada wabak berkenaan.

“Selain itu, kami terpaksa me­ngambil inisiatif mengambus men­­dapan dengan lebihan bahan-bahan binaan ubah suai­ u­­­­nit agar ti­dak me­ngancam ke­­selamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.

“Kita tidak tahu bahagian ba­wah tanah macam mana. Sebagai penduduk, saya rasa tidak selamat. DBKL tolonglah ambil tindakan segera,” ujarnya.

Sumber : Utusan Online