Ketawa Mampu Patahkan Tulang Wanita Ini


Monique Jeffrey yang pernah patah tulang leher hanya kerana bersin kira-kira lima tahun lalu kini mengalami keadaan yang sama apabila tulang lehernya patah hanya kerana dia ketawa.

Kali pertama lehernya patah pada Mac 2012. Ketika itu, Monique yang berasal dari Melbourne menghabiskan masa 14 minggu memakai pendakap leher. Pada masa itu dia baru bersalin.

Monique yang tidak boleh bergerak, hanya mampu menghantar sms kepada suaminya, Sam, memintanya balik ke rumah segera.

Selepas itu, Monique yang juga pengurus hotel kembali sihat . Namun pada April lalu, Monique kembali menderita akibat keadaan yang sama di tempat kecederaan yang sama.

“Leher saya sakit dan ketika itu saya sedang bekerja. Saya sempat memaklumkan kepada suami mengenai keadaannya itu.

“Sejam selepas itu ketika bersama dengan rakan sekerja saya, kami telah ketawa mendengar gurauan salah seorang daripada mereka.

“Keadaan sama berulang. Kesakitan amat sangat dan rakan sekerja saya terpaksa menghubungi ambulans,” katanya.

Doktor terkejut dengan kecederaan Monique kerana mereka tidak pernah menyaksikan sesuatu seperti itu.

Memandangkan ia telah berlaku dua kali maka Monnique berisiko untuk mengalaminya lagi.

Dia kini terpaksa mendapatkan rawatan fisio untuk memperkuatkan otot di sekeliling lehernya dan bagi memastikan lehernya stabil. –Kedahnews.com