KHADIJAH Binti Khuwailid dikenang sebagai wanita yang sentiasa dirindui.
Semasa hayatnya, Khadijah usahawan wanita yang berjaya pada zamannya. Ketika Arab jahiliah meletakkan wanita ditahap yang rendah – Khadijah hartawan terbilang. Wanita ini terkenal dengan kebijaksanaan, serta kebangsawannya.
Selain berkarektor usahawan, Khadijah dihormati kerani budi pekerti yang luhur yang menyebabkan dan disegani pendduk Mekah.
Walaupun dikatakan Khadijah yang meminang Nabi Muhammad, tetapi sebagai wanita, Saidatina Khadijah sangat menjaga maruahnya.
Khadijah menyatakan hasratnya kepada sahabatnyanya untuk melamar Nabi Muhammad. Namun, Bagind sendiri yang meminang Khadijah sebagai isteri.
Khadijah isteri mulia, selalu menyenangkan hati suaminya tatkala pelbagai tohmahan yang diterimanya.
Namanya sentiasa disebut-sebut Baginda sehingga pernah menimbulkan rasa cemburu di dalam hati Saidatina Aisyah. Untuk menghilangkan perasaan cemburu itu, Rasulullah bersabda:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikan Khadijah dan jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Dan ketika aku pertama kali didatangi Jibrail, aku kebingungan dan ketakutan. Apakah yang berlaku kepada diriku. Khadijah telah mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
Khadijah wanita pertama dicintai Rasulullah dan sehingga Baginda wafat. Cinta Baginda terhadap Khadijah tidak pernah pudar.
Mariam Binti Imran.
Wanita ini digelar gadis yang sentiasa menjaga kehormatan diri.
Mariam antaraa wanita pertama dimasukkan ke syurga.
Dari Aisyah diriwayatkan, bahwa Rasulullah bersabda:
“Pemuka wanita syurga ada empat: Maryam binti Imran, Fatimah binti Rasulullah, Khadijah binti Khuwailid, dan Asiyah.” (HR. Hakim 4853).
Mariam wanita biasa yang dimuliakan Allah dengan ujian yang berat tetapi akhirnya menjadi suatu rahmat.
Ketakwaan kepada Allah amat tinggi sehingga digelar wanita paling mulia di zamannya.
Sentiasa menjaga kehormatan diri, Mariam menjauhi lelaki yang bukan mahramnya dan mengelakkan diri menggoda atau tergoda pada lelaki.
Darjat Mariam lebih tinggi berbanding wanita sezamannya.
Apabila didatangi Jibril yang menyerupai lelaki tampan, Mariam tidak menggelabah. Malah merendahkan dirinya di hadapan lelaki. Malah Mariam meminta perlindungan daripada Allah daripada segala perbuatan keji.
“Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus ruh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. Maryam berkata:
“Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.”(QS. Maryam: 17-18)
Mariam patut menjadi idola wanita zaman ini sebagai seorang yang tabah dan sabar menghadapi dugaan tanpa sebarang kebergantungan terhadap lelaki. Cukuplah Allah untuknya.