Kritik Kehijauan Balik Pulau Terhakis, Guan Eng Cari Seng Giaw


ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa dirinya gagal mengesan kelibat Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw, sejak awal tahun ini.

Menjawab soalan media dalam satu sidang akhbar semalam, Setiauasaha Agung DAP itu mengatakan dia hanya dapat menyaksikan Naib Pengerusi DAP itu memberi pandangan menerusi laman sosial sahaja.

"Dia tidak berkomunikasi (dengan parti). Kita akan selesaikan masalah ini secara dalaman," kata Guan Eng, memetik laporan BH Online, semalam.

Pada Ahad lalu, Dr. Tan melalui status Facebook rasminya mendakwa menyaksikan bagaimana kehijauan kawasan Balik Pulau kian terhakis akibat tiada usaha memulihara kawasan berkenaan.

Kenyataan itu telah menimbulkan persoalan besar mengenai kepincangan urus tadbir Guan Eng dalam memelihara kehijauan Pulau Mutiara yang sebelum ini digilap oleh Kerajaan BN sehingga menjadi pusat pelancongan terkemuka dunia. - Kedahnews.com