Lelaki Paling Banyak Tatu Berjuang Selamatkan Tangan


LELAKI ini telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Banyak Tatu di Britain namun kegembiraan itu tidak lama apabila dia berisiko kehilangan sebelah tangannya apabila badannya menolak implan yang ditanam di tangan kirinya itu.

Matthew Whelan, yang dikenali sebagai King of Ink Land King Body Art The Extreme Ink-Ite, terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan tangannya apabila `knuckle’ yang ditanam di dalam lengannya itu telah memisahkan daging dengan kulitnya.

“Lapan tahun lalu saya adalah seorang pejuang selepas ditikam dan dimasukkan ke hospital. Tetapi kini ia menjadi aneh kerana saya berada di wad yang sama dan berjuang untuk tangan saya pula.

“Ia perlu dibuang dengan segera kerana ia adalah serius dan saya boleh kehilangan tangan,’’ katanya yang pernah ditikam berhampiran balai polis Birmingham pada 2009 dan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).


Mattew, 37, mempunyai lebih 300 tatu di badan dan turut mewarnakan mata putihnya dengan tatu hitam.

Dia juga telah membuang puting untuk memboleh lebih banyak tatu dicacah di badannya selain mengikis gigi dan memotong lidahnya menjadi dua.

Bagi tujuan berkenaan, dia telah membelanjakan lebih £40,000 (RM219,597.00). – Kedahnews.com