AMBOII... handsome dan sadonya lelaki di sebelah Ainul Aishah ni! Macam 'mat saleh' pun ada. Pasti ramai yang 'makan hati' kan?
Adakah ini teman lelaki baru Ainul setelah empat tahun hidup tanpa kekasih hati? Bertuah badan.
Bagi mendapat kepastian, media hubungi tuan empunya badan memandangkan Ainul atau atau Ainul Aisyah Azizun agak terbuka berkongsi gambar lelaki dikenali sebagai Khalid Redzuan itu di Instagramnya.
"Alaa... nak kena cerita ke (ketawa). Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu.
"Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa.
"Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini," kata Ainul.
Bercakap lanjut mengenai Khalid yang juga seorang ahli perniagaan, Ainul berkata, teman lelakinya itu berdarah kacukan Melayu dan Inggeris namun dibesarkan di Kedah dan Kelantan.
"Ibunya berketurunan Inggeris namun dia membesar di Kedah dan Kelantan dalam suasana budaya masyarakat Melayu yang tebal dalam dirinya.
"Ya! Dia sangat Melayu!," ujarnya ketawa kecil.
Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Lara Aishah ini berkata, dia terpikat dengan Khalid kerana tertarik dengan cara jejaka berusia 36 tahun itu menghargai kehadiran dirinya.
"Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya.
"Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa," katanya.
Ditebak dengan pertanyaan sama ada dia bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, Ainul meletakkan perkara itu kepada jodoh.
"Saya serahkan soal itu kepada dia (Khalid) kerana pada usia saya sekarang ia adalah waktu tepat untuk saya tamatkan zaman solo.
"Semua terserah pada jodoh, doakan yang terbaik," katannya.
Sumber : Mstar Online