LHDN Kedah Ditutup Bermula 25 Jun Hingga 26 Jun


KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara tidak akan beroperasi selama beberapa hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan media berkata, ibu pejabat dan cawangan di semua negeri selain Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ditutup dari 26 hingga 27 Jun ini.

“Cawangan LHDN di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ditutp dari 25 Jun hingga 26 Jun 2017,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut LHDN, kaunter setempat cawangan UTC LHDN di Melaka, Perak, Pahang, Johor, Sabah, Miri, Kedah dan Kelantan pula ditutup dari 24 Jun hingga 27 Jun 2017.

Manakala, kaunter pejabat UTC LHDN Kuala Lumpur akan cuma beroperasi sehingga pukul 1 tengahari pada 23 Jun 2017 sebelum ditutup dari 24 Jun hingga 27 Jun ini.

Jelas LHDN, penutupan operasi sempena aidilfitri meliputi Kaunter Perkhidmatan Nasihat Percukaian, Pusat Bayaran, Pejabat Setem Cawangan, Pusat Panggilan dan Pusat Khidmat Hasil.

Bagaimanapun, orang ramai masih melakuka urusan percukaian mereka melalui kemudahan ezHASiL iaitu rangkaian perkhidmatan elektronik yang disediakan melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my. – Kedahnews.com