PUTRAJAYA – Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstruktif dalam menyelesaikan konflik antara Qatar dan beberapa negara Arab yang lain tetapi menghormati hasrat pihak yang terlibat menyelesaikan permasalahan itu menerusi rangka kerja serantau mereka.
Kementerian Luar (Wisma Putra), dalam kenyataan semalam berkata, tawaran Malaysia untuk memainkan peranan konstruktif yang diperlukan diterima baik dan dihargai oleh pihak berkenaan.
Bagaimanapun, ia berkata, negara-negara yang terlibat telah melahirkan harapan supaya negara lain dan pertubuhan antarabangsa di luar rantau itu membenarkan mereka menyelesaikan permasalahan itu melalui rangka kerja mereka seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selain usaha perantaraan Emir Kuwait .
“Malaysia dan negara-negara lain di luar GCC menghormati kehendak mereka. Oleh itu, Malaysia akan menyokong semua usaha GCC dan Emir Kuwait,” kata Wisma Putra.
Konflik tersebut dilaporkan tercetus apabila beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak awal Jun dengan mendakwa negara itu menyokong militan dan Iran.
Wisma Putra berkata Malaysia sedang memantau konflik tersebut dan pihak kementerian sentiasa berhubung dengan semua negara yang terlibat sejak permasalahan itu tercetus pada 5 Jun lepas.
Ia berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawat mereka dari seluruh dunia islam sejak itu bagi berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini dan mencari kaedah penyelesaian.
“Semasa perhubungan ini, Malaysia menegaskan pendirian berkecuali negara terhadap permasalahan ini dan akan meneruskan dasar berkecuali tetapi ia adalah dasar ‘berkecuali yang aktifi’,” katanya.
Ia juga berkata tawaran Malaysia itu masih kekal dan akan meneruskan hubungan dengan semua pihak yang terlibat serta terus menggesa mereka mengambil semua langkah yang wajar bagi meredakan ketegangan.
Wisma Putra berkata Malaysia berkongsi hubungan mendalam dan berkekalan dengan semua negara yang terlibat dalam konflik itu.
“Hubungan kami merentas seluruh bidang aktiviti manusia – terutamanya budaya, agama, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat. Atas sebab ini, kesulitan ini adalah sesuatu yang menjadi kebimbingan kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya,.
“Malaysia berharap untuk penyelesaian segera dan mudah dan ia hanya boleh menjadi rahmat kepada dunia Islam secara keseluruhan.
“Pada masa sama, Malaysia terus komited dalam memerangi dan menentang keganasan dan ekstremisme serta menyokong segala usaha ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan,” katanya. – BERNAMA