Malaysia Tigers Raih Kemenangan Sulung Di London


KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan menghidupkan peluang melangkah ke Piala Dunia 2018 apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Korea Selatan dalam aksi Kumpulan A Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London pada awal pagi tadi.

Kemenangan menerusi jaringan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim itu membolehkan Malaysia Tigers berada di tangga ketiga di atas China dan Korea Selatan selepas tiga perlawanan.

Mengikut format kejohanan hanya empat pasukan terbaik Kumpulan A dan B akan melangkah ke saingan suku akhir Separuh Akhir WHL. 

Sumber : Utusan Online