KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Mawi menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pengarah filem yang bakal diterbitkan olehnya selewat-lewatnya tahun ini.
Jelasnya, minat untuk mengarah filem sendiri bertitik tolak daripada pengalamannya mengarah drama pertamanya, Pak Nil Ibu Kirim Salam sekitar tahun 2009.
“Saya sedar filem risiko sangat besar. Tapi naskhah yang saya bakal terbit ini ada potensi untuk menarik ramai peminat. Malah dengan tunjuk ajar mereka yang lebih berpengalaman, saya rasa yakin.
“Saya banyak berkawan dengan mereka yang berada di belakang tabir. Memang saya seorang penyanyi tapi minat untuk terlibat dalam dunia lakonan dan pengarahan semakin bercambah,” katanya.
Mawi ditemui ketika majlis pelancaran album Oja dan Tunable Band yang menampilkan 11 buah lagu raya baharu termasuk dua lagu nyanyian bapa kepada seorang anak itu .
Sumber : Utusan Online