Melaka Berkeras Tolak Penganjuran "Jerusalem's Jubilee"

IDRIS mengadakan sidang media berkenaan himpunan Jerusalem Jubilee selepas Persidangan DUN Melaka ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman
AYER KEROH - Kerajaan Melaka tidak pernah menerima permohonan penganjuran 'Himpunan Jerusalem's Jubilee' yang dijadual diadakan di negeri ini pada 15 hingga 18 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, dalam nada tegas turut menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

"Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka.

"Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan," katanya ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri.

Sumber: BH Online